Farmakologi dan Sains Farmasi Kanun_Perubatan

Dari segi farmakologi dan sains farmasi, sumbangan utama Kanun ialah pembezaan farmakologi daripada perubatan, satu langkah yang penting bagi perkembangan sains farmasi.[49]

Sumbangan Kanun kepada sains farmasi termasuk pengenalan kepada pengujikajian teratur dan pengkuantitian dalam bidang farmakologi dan kajian fisiologi,[40] dan juga pengenalan kaedah-kaedah baharu pengujikajian perubatan seperti evidence-based medicine, ujian klinikal, dan ujian terkawal rawak,[19] [20][21] ujian-ujian kemujaraban[22][23] dan juga kegunaan ais bagi rawatan demam.[43]

Mengikut Toby Huff dan AC Crombie, Kanun memuatkan "peraturan yang meletakkan syarat bagi penggunaan ubatan secara eksperimen dan pengujian ubat-ubat", dan "peraturan -peraturan ini "merupakan panduan persis buat pengujikajian amali" dalam proses "pencarian dan pembuktian keberkesanan bahan ubatan".[18]

Farmakologi klinikal

Penekanan yang diberikan dalam Kanun kepada ubat-ubatan yang telah diuji meletakkan asas bagi pendekatan eksperimen dalam bidang farmakologi.[50] Kanun memberikan prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan berikut bagi menguji keberkesanan ubatan baharu. Prinsip dan peratuan ini masih menjadi asas farmakologi klinikal dan ujian klinikal semasa:

  1. "Ubat mesti bebas daripada ciri luaran yang menimbulkan kesan yang tidak disengajakan.
  2. "Ia mesti digunakan bagi penyakit ringkas, dan bukan penyakit bercampur."
  3. "Ia mesti diuji pada dua penyakit yang berlawanan oleh sebab kadang kala ubat itu menyembuh satu penyakit melalui unsur patinya dan penyakit yang lain melalui kesan sampingan atau kesan yang tidak disengajakan."
  4. "Kesan ubat mesti sepadan dengan kekuatan penyakit. Misalnya, terdapat beberapa ubat yang kehangatannya kurang daripada kesejukan penyakit tertentu, justeru ubat tersebut tidak akan menimbulkan kesan terhadap penyakit tersebut."
  5. "Tempoh masa tindakan ubat perlu diperhatikan, agar tindakan pati ubat tidak dikelirukan dengan tindakan sampingannya."
  6. "Kesan ubat mesti kelihatan setiap kali ia digunakan; jika tidak, dalam banyak kes, ia hanya kesan sampingan atau kesan yang tidak disengajakan."
  7. "Uji kaji mesti dilakukan dengan tubuh manusia, kerana ujian ke atas singa atau kuda mungkin tidak akan memberi bukti akan kesannya terhadap tubuh manusia."[19]

Kanun menyenaraikan 800 jenis ubatan yang diuji, termasuk bahan tumbuhan dan mineral, bersama-sama ulasan tentang kegunaan dan keberkesanan mereka. Bagi setiap satu ubat, Ibnu Sina memerikan kesan farmaseutik daripada 22 jenis kesan yang berkemungkinan timbul (termasuk penyembuhan penyakit, keastringenan dan pelembutan), dan ciri-ciri khusus ubatan mengikut petak 11 jenis penyakit.[6]

Ibnu Sina memeperkenalkan kaedah penciptaan ubat-ubatan yang canggih berlandaskan kaedah penyampaian ubat, mensasarkan organ, pengendapan ubat di lokasi tindakannya, kawalan kesakitan, pemulihan luka, pembuangan ubat selepas bertindak, dan kesan yang dapat memperkuatkan organ. Kesemua ini dapat membantu ahli sains memilih ubat-ubatan yang paling sesuai bagi kegunaan rawatan penyakit.[51]

Rujukan

WikiPedia: Kanun_Perubatan http://www.sartonchair.ugent.be/en/sarton/biograph... http://baike.baidu.com/view/404079.html http://www.bookrags.com/history/islam-science-tech... http://www.britannica.com/eb/topic-92902/The-Canon... http://www.experiencefestival.com/a/Islamic_Golden... http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?Artic... http://www.muslimheritage.com/uploads/AgricultureR... http://www.unani.com/avicenna%20story%203.htm http://coursesa.matrix.msu.edu/~fisher/hst372/read... http://etd.nd.edu/ETD-db/theses/available/etd-1129...